Siapa Saya

Kota Kinabalu, Papar, Malaysia
Ingin Bersama anda untuk berjaya dalam Ilmu simpanan Emas Fizikal.

Tuesday, February 12, 2013

MUDAHNYA BERURUSNIAGA DENGAN EMAS

Assalamu'alaikum...Selamat pagi,malam dan petang....

Ramai dikalangan kita yang masih lagi terfikir-fikir tentang bagaimana memulakan langkah untuk mendapatkan peluang-peluang perniagaan yang menjamin masa depan anak-anak...

Bagi saya langkah berani yang boleh kita mulakan adalah menyimpan seberapa banyak emas buat masa ini. dan Mempergunakan emas dimasa yang memerlukan.

Jika kita simpan dalam bentuk Matawang..Contoh dalam ASB 7%-8% setahun kita akan rasa agak berbaloi. Tetapi cuba fikirkan setiap tahun kadar barangan keperluan kita yang naik, atas sebab faktor-faktor bahan mentah dan perkhidmatan yang meningkat. Setiap tahun susut nilai kewangan kita meningkat.. Kalau tahun 2012 kita mampu guna kereta 4x4 untuk ketempat kerja, mungkin tahun 2013 ni kita akan mula fikirkan akan penggunaan kereta compaq seperti viva dan kancil. Dan kita mula berusaha untuk bekerja hingga larut malam...sian anak bini...hehehe...

Namun ini lah realiti penyimpanan emas sebenarnya. Jika kita simpan semasa senang maka kita akan senang semasa keadaan susah. lihat saja graf dibawah ini yang mana harga emas yang meningkat setiap tahun selama 5 tahun. Maka untung la bagi mereka yang menyimpan pada tahun 2008 dan menggunakan pada tahun ini 2013.

Cuba baca link berikut http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaemasRM202_57segram/Article
bagai mana para analisis menganggarkan kenaikan sehingga tahun 2014 sebanyak 33%. Cuba lihat;

Saya sekarang mempunyai simpanan emas sebanyak 214.75g berat dengan modal saya dalam RM 37,375 (Bermula September 2012 hingga Februari 2013). Lihat kiraan sekiranya saya menyimpan jumlah tersebut hingga tahun 2014 pada jangkaan harga RM202.57/g

UNTUNG EMAS TAHUN 2014

Harga Semasa x Nilai Berat (g) = Jumlah Harga Perolehan

- RM 202.57 x 214.75g = RM 43,501.90
Untung saya selama anggaran 17 bulan disimpang adalah

-RM 43,501.90 - RM 37,375 = RM 6,126.90

UNTUNG ASB TAHUN 2014 

Kita anggarkan ke untungan ASB sebanyak 8%

-Jumlah Simpanan Saya x 8% dividen x 2%bonus = Pendapatan ASB
- RM 37,375.00 x 8% x 2% = RM 3,049.00

Tuan-tuan boleh lihat sendiri perbezaan yang ketara pada keuntungan yang saya dapat dengan menyimpan emas. Malah belum dikira lagi keuntungan tambahan dalam proses pajak gadai yang dibuat.

Malah jaminan emas pada nilai yang tidak akan susut dan boleh digunakan walau di negara mana pun saya berada membuatkn saya merasa berbaloi untuk saya menyimpan dalam bentuk emas.

Lihat tukaran matawang kita dengan dolar. saya mampu tersenyum jika nilai dalam simpanan ASB di atas di tukar dalam matawang dolar. Pasti susut nilainya banyak jika dibandingkan dengan emas yang tidak akan susut malah semakin meningkat.

Masih belum terbuka minda bukan???:D.. tidak mengapa saya sedia membantu tuan/puan/Encik/Cik/Pakcik/Makcik untuk memahami bagaimana kesempurnaan dalam menyimpan emas fizikal berbanding matawang dalam buku bank.

Malah bagi mereka yang telah mengambil langkah yang cemerlang dan telah pun bermula. namun risau dengan kadar turun naiknya harga emas sekarang. Ini perkongsian saya. Jangan dirisau pada harga semasa yang turun dan naik. Yang penting adalah memastikan rizab emas kita sentiasa meningkat dari bulan kebulan.Berbekalkan kelebihan pada pendapatan semasa kita...Semakin turun harga...semakin bertambah rizab emas kita. jaminan senyuman semakin lebar untuk jangka masa panjang.Jika dengan matawang kita guna peribahasa "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Tetapi dengan Emas Fizikal kita akan pasti merasakan peribahasa ini "Bersenang-senang sekarang, Bersenang-senang kemudian" yang penting kita ada ilmu bagaimana menjadikan peribahasa itu berubah. Tidak ada perniagaan atau pelaburan yang menjanjikan kita pulangan yang banyak dalam masa singkat melainkan kita berusaha dengan BIJAK DAN CERDIK DENGAN ILMU DI DADA.

Dengan itu Jom datang ke Seminar percuma di  Public Gold Alam Mesra, Kota Kinabalu, pada
16 februari 2013, jam 10:30pagi -12:30tgh. untuk memastikan  tuan/puan/Encik/Cik/Pakcik/Makcik mendapat tempat duduk, sila sms ke no. 013 5515002

seperti berikut

Nama
[Jum.Org]
Senarai Nama

cth;

Syeikhul amin bin Asrafuddin
[2 org]
1. Suzainie Maduani
2. Saidatul Afifah

hantar ke 0135515002

Ingat lah..."SEMAKIN BERTANGGUH, SEMAKIN KITA TERMENGGU, SIAPA BERSUNGGUH, DIA PASTI MAJU"

"fast Action u get fast result"