Siapa Saya

Kota Kinabalu, Papar, Malaysia
Ingin Bersama anda untuk berjaya dalam Ilmu simpanan Emas Fizikal.

Wednesday, September 23, 2009


Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog semua. Maaf agak lambat sedikit sekarang dah masuk 4 Syawal 1430H 23/9/2009. Betapa sedihnya meninggalkan Ramadhan yang penuh ke Rahmatan dan ke Ampunan, pada saya Ramadhan la bulan yang ditunggu..kerana bulan itu saya mampu mengawal segala apa jua nafsu yang menjulang naik...Alhamdulillah juga kegembiraan saya menyambut kedatangan Syawal yang penuh dengan kemenangan...di saat ini la saya bertemu sanak saudara, jauh dekat, malah yang tak dikenali...bermaaf-maafan untuk menghapuskan dosa sesama insan.

Ha...nak kongsi la sikit kisah ni memang sering saya fikirkan..Saat pagi Syawal menjelang perasaan masing-masing penuh dengan keinsafan, hening, hiba bercampur baur..selepas solat sunat Aidilfitri kita sekeluarga duduk di ruang tamu yang telah kemas dan dihias cantik...sambil abah dan mama duduk disofa empuk, kami adik beradik datang mengikut barisan, bergilir-gilir memohon kemaafan pada kedua orang tua, suassana hiba..titisan airmata keinsafan berlegar-legar diruangan itu...aku gembira akan hal itu ucapan ku Segala Puji kepada Allah Tuhan Sekelian Alam.

Namum kesedihan ku berterusan tatkala saat itu hanya la sekadar diSyawal pertama. Betapa sedih hati ini saat keinsafan itu hanya sekejap sahaja. betapa sedih bila ada yang sanggup mengata, mengadu domba pada saat syawal masih lagi berembun..."wah anak saudara kita tu pelihara kucing parsi, sekarang dah balik pokok duit dia jual anak kucing"...aku membalas, " ya kan aku pun mau juga pelihara" namum dipotong " ah kucing yang ada pun ko nda jaga" aku balaas lagi "Jaga cuma kucing tu dah biasa hidup berdikari"...berkata lagi kak ku "ya mana ko mau simpan nnti bau kucing gi...dipendekkan cerita...bila ayat aku "ala kan ada bilik di atas tu yang boleh diguna tempat dapur lama bekas bilik aku juga dulu"...dibalas "ha pandai la ko, tu" aku balas lagi kan ka itu bilik aku..."Ya ini rumah aku..." tersentak aku mendengar seorang kak berkata begitu...masih di awl syawal. mana perginya keinsafan dan maaf-maafan sebelum ni...atau itu hanya drama swasta..mmmmm...aku memang kalu boleh nak cabut ja dari rumah ni....Nak cari rumah sendiri...tapi duit ni sering nda cukup...aku bersabar doa ku dan harapan ku agar cepat lapang dari fikiran ini...memang dia la yang telah bayar dan ubahsuai rumah ni dulu...tak pa akan aku usahakan juga hingga aku dan keluarga ku dapat rumah...InsyaALLAH..

Buat teman yang terbaca , dan mereka-mereka yang membaca blog ini, harapan ku hanyalah 1 ingat la bahawa tak kemana harta didunia, andai terlupa harta akhirat...bukan kah nanti sanak saudara, adik beradik itu yang akan membaca kan talkin..mengurus jenazah kita...membersihkan dan melawat kubur kita?????....andai semua kata-kata itu gurauan alhamdulillah tapi andai kata sindiran sinis untuk kita fikirkan la sendiri...AstaghfiruLLAH...

Sekian dulu cerita di Permulaan Syawal....

"Kenalilah keluargamu sedalam-dalamnya, hingga benar-benar seperti kembar, akan bahagia engkau dunia akhirat,saling berpimpin di titian Sirat"...kata-kata ku sendiri ja...menyedap rasa..









No comments: