Assalamu'alaikum...Selamat pagi,malam dan petang....
Ramai dikalangan kita yang masih lagi terfikir-fikir tentang bagaimana memulakan langkah untuk mendapatkan peluang-peluang perniagaan yang menjamin masa depan anak-anak...
Bagi saya langkah berani yang boleh kita mulakan adalah menyimpan seberapa banyak emas buat masa ini. dan Mempergunakan emas dimasa yang memerlukan.
Jika kita simpan dalam bentuk Matawang..Contoh dalam ASB 7%-8% setahun kita akan rasa agak berbaloi. Tetapi cuba fikirkan setiap tahun kadar barangan keperluan kita yang naik, atas sebab faktor-faktor bahan mentah dan perkhidmatan yang meningkat. Setiap tahun susut nilai kewangan kita meningkat.. Kalau tahun 2012 kita mampu guna kereta 4x4 untuk ketempat kerja, mungkin tahun 2013 ni kita akan mula fikirkan akan penggunaan kereta compaq seperti viva dan kancil. Dan kita mula berusaha untuk bekerja hingga larut malam...sian anak bini...hehehe...
Namun ini lah realiti penyimpanan emas sebenarnya. Jika kita simpan semasa senang maka kita akan senang semasa keadaan susah. lihat saja graf dibawah ini yang mana harga emas yang meningkat setiap tahun selama 5 tahun. Maka untung la bagi mereka yang menyimpan pada tahun 2008 dan menggunakan pada tahun ini 2013.
Cuba baca link berikut http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaemasRM202_57segram/Article
bagai mana para analisis menganggarkan kenaikan sehingga tahun 2014 sebanyak 33%. Cuba lihat;
Saya sekarang mempunyai simpanan emas sebanyak 214.75g berat dengan modal saya dalam RM 37,375 (Bermula September 2012 hingga Februari 2013). Lihat kiraan sekiranya saya menyimpan jumlah tersebut hingga tahun 2014 pada jangkaan harga RM202.57/g
UNTUNG EMAS TAHUN 2014
Harga Semasa x Nilai Berat (g) = Jumlah Harga Perolehan
- RM 202.57 x 214.75g = RM 43,501.90
Untung saya selama anggaran 17 bulan disimpang adalah
-RM 43,501.90 - RM 37,375 = RM 6,126.90
UNTUNG ASB TAHUN 2014
Kita anggarkan ke untungan ASB sebanyak 8%
-Jumlah Simpanan Saya x 8% dividen x 2%bonus = Pendapatan ASB
- RM 37,375.00 x 8% x 2% = RM 3,049.00
Tuan-tuan boleh lihat sendiri perbezaan yang ketara pada keuntungan yang saya dapat dengan menyimpan emas. Malah belum dikira lagi keuntungan tambahan dalam proses pajak gadai yang dibuat.
Malah jaminan emas pada nilai yang tidak akan susut dan boleh digunakan walau di negara mana pun saya berada membuatkn saya merasa berbaloi untuk saya menyimpan dalam bentuk emas.
Lihat tukaran matawang kita dengan dolar. saya mampu tersenyum jika nilai dalam simpanan ASB di atas di tukar dalam matawang dolar. Pasti susut nilainya banyak jika dibandingkan dengan emas yang tidak akan susut malah semakin meningkat.
Masih belum terbuka minda bukan???:D.. tidak mengapa saya sedia membantu tuan/puan/Encik/Cik/Pakcik/Makcik untuk memahami bagaimana kesempurnaan dalam menyimpan emas fizikal berbanding matawang dalam buku bank.
Malah bagi mereka yang telah mengambil langkah yang cemerlang dan telah pun bermula. namun risau dengan kadar turun naiknya harga emas sekarang. Ini perkongsian saya. Jangan dirisau pada harga semasa yang turun dan naik. Yang penting adalah memastikan rizab emas kita sentiasa meningkat dari bulan kebulan.Berbekalkan kelebihan pada pendapatan semasa kita...Semakin turun harga...semakin bertambah rizab emas kita. jaminan senyuman semakin lebar untuk jangka masa panjang.Jika dengan matawang kita guna peribahasa "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Tetapi dengan Emas Fizikal kita akan pasti merasakan peribahasa ini "Bersenang-senang sekarang, Bersenang-senang kemudian" yang penting kita ada ilmu bagaimana menjadikan peribahasa itu berubah. Tidak ada perniagaan atau pelaburan yang menjanjikan kita pulangan yang banyak dalam masa singkat melainkan kita berusaha dengan BIJAK DAN CERDIK DENGAN ILMU DI DADA.
Dengan itu Jom datang ke Seminar percuma di Public Gold Alam Mesra, Kota Kinabalu, pada
16 februari 2013, jam 10:30pagi -12:30tgh. untuk memastikan tuan/puan/Encik/Cik/Pakcik/Makcik mendapat tempat duduk, sila sms ke no. 013 5515002
seperti berikut
Nama
[Jum.Org]
Senarai Nama
cth;
Syeikhul amin bin Asrafuddin
[2 org]
1. Suzainie Maduani
2. Saidatul Afifah
hantar ke 0135515002
Ingat lah..."SEMAKIN BERTANGGUH, SEMAKIN KITA TERMENGGU, SIAPA BERSUNGGUH, DIA PASTI MAJU"
"fast Action u get fast result"
Siapa Saya
- ASRAFUDDIN BIN ISMAIL (Dealer Public Gold- PG028904)
- Kota Kinabalu, Papar, Malaysia
- Ingin Bersama anda untuk berjaya dalam Ilmu simpanan Emas Fizikal.
Tuesday, February 12, 2013
Tuesday, January 22, 2013
SUMBER BERITA HARIAN - 19/01/2013 (SABTU)
BERITA HARIAN
Harga emas dijangka cecah AS$1,800 auns
KUALA LUMPUR: Spekulasi bahawa kerajaan India mungkin meningkatkan duti import ke atas emas kepada enam peratus tahun ini, dijangka mendorong permintaan untuk komoditi itu.
Persekutuan Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia, Ermin D.M. Siow, berkata harga emas semasa adalah di antara US$1,650 satu auns dan boleh mencecah US$1,800 satu auns hari ini.
Beliau menjangka harga emas akan mula meningkat menjelang akhir Februari atau awal Mac.
"Terdapat pelbagai punca kepada perkara ini. Salah satunya ialah pelabur akan meningkatkan simpanan mereka untuk mengambil peluang daripada harga yang rendah, sebelum kerajaan India membuat apa-apa pengumuman mengenai duti import.
"Memandangkan Hari Raya Cina akan disambut pada Februari, ramai peniaga akan mula membeli untuk meningkatkan inventori mereka yang akan mendorong permintaan fizikal untuk emas," katanya.
Siow berkata selain membeli barangan kemas, pembeli juga membeli komoditi itu sebagai alat pelaburan.
"Dengan ketidaktentuan dalam ekonomi global dan langkah oleh Bank Pusat untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah, orang ramai tidak lagi menyimpan duit mereka di bank.
"Mereka mula membeli emas sebagai pelaburan kerana peningkatannya baru-baru ini dan ia adalah cara yang paling selamat untuk mengelak inflasi," katanya.
Siow, yang juga pengarah eksekutif Poh Kong Holdings Bhd, berkata emas untuk pelaburan menguasai hampir 40 peratus daripada permintaan dunia, berbanding kurang 20 peratus pada awal 2000.
Mengenai kedudukan Poh Kong, beliau berkata peratusan pembeli yang mahu melabur berbanding memilih barangan kemas, telah meningkat sedikit.
Oleh itu, beliau berkata Poh Kong juga menawarkan pelaburan dalam bentuk kepingan emas, bermula daripada satu gram hingga satu kilogram.
Ditanya tentang perbezaan antara pelaburan emas menerusi peniaga emas dan menerusi bank, Siow berkata dari segi harga, bank mungkin memberi harga yang lebih berdaya saing.
"Tetapi terdapat had dalam pembelian tunai dan waktu perniagaan juga terbatas.
"Perniagaan emas seperti kami dibuka setiap hari sehingga 10 malam dan kami menawarkan skim pembayaran mudah. Ia juga adalah lebih mudah bagi pembeli untuk menjual semula kepada kami berbanding kepada bank," katanya. - BERNAMA
Sunday, January 6, 2013
MENYIMPAN DALAM BENTUK EMAS FIZIKAL
Sumber Simpanan Yang Mana Lebih bernilai???... |
Bermula pada hujung tahun 2012, saya temui perniagaan yang mampu memberi jaminan kepada yang menjual, menyimpan, membeli dan memperkenalkan...iaitu EMAS FIZIKAL.
1 Dinar |
Dengan langkah yang berani saya mulakan langkah yang pasti dengan membeli 1 Dinar (RM 770) kemudian telah menjual dengan harga RM 790 mengikut harga pasaran dunia. http://www.publicgold.com.my/v1/
Kemudian saya teruskan langkah yang berani lagi membeli beberapa Emas Bar dan dinar tambahan... hasilnya juga boleh tahan.
Melihat kepada perkembangan kewangan yang mudah dan stabil. Saya memberanikan diri dengan pembelian sebanyak RM 20,251(Termasuk pengangkutan setiap unit Emas) seterusnya melayakkan diri ini menjadi Pengedar (Dealer) berdaftar dengan Syarikat Public Gold. Walaupun masih lagi belum berjaya sepenuhnya namun saya yakin kestabilan Emas dan Perak mampu membantu saya menghadapi zaman ekonomi yang mecabar di zaman 2013.
MENGAPA SAYA MEMILIH EMAS FIZIKAL???
- Emas punyai nilai yang tidak akan susut dan berinflasi
* Zaman Rasulullah dulu jika ingin mendapatkan seekor kambing hanya perlu membayar sebanyak 1 dinar. Masa kini juga kita boleh dapatkan nilai kambing bersamaan dengan nilai 1 dinar.
* Malah emas tidak mempunyai masalah inflasi yang mana nilai mudah susut. tetapi Emas tetap teguh nilainya walaupun ekonomi sesebuah negara menjunam.
2. Emas diterima dimana jua
* Bayangkan anda dalam sebuah negara yang menghadapi peperangan, Anda mempunyai simpanan berjuta ringgit yang disimpan dalam sebuah bank tempatan.Dimana bank tersebut telah menghadapi serangan dan kejatuhan. Mampukah anda menggunakan nilai dalam buku bank anda ke negara lain untuk digunakan??? jawapan pastinya tidak. Kerana matawang sesebuah negara akan hilang nilai sebenar ketika kejatuhannya.
*Emas berbeza jika anda membawa emas pasti diterima dan dibayar mengikut harga semasa yang mana pada masa sebelum peperangan anda membeli dengan nilai yang murah tetapi dinegara-negara lain mungkin akan dibeli dengan tinggi mengikut nilai matawang negara tersebut. contoh EURO, PAUN, DOLLAR.
Banyak lagi sebenarnya. cuma mau cakap panjang lebar takut boring pula, lagi pun saya ni kurang pandai bagi info...oleh itu bagi mereka yang ingin membuat simpanan dan melabur pastikan anda elakkan daripada tertipu dengan syarikat2 yang kini muncul seperti cendawan menawarkan pelaburan yang memberi pulangan tinggi dan cepat. Sepertimana zaman MLM dahulu.
Untuk yang berminat mengetahui (Hanya di area Sabah) lebih lanjut mengenai Perniagaan emas, anda dijemput hadir ;
Sila SMS kan kehadiran anda ke 013 5515002 (Asraf [ PG028904 ] )
cth; nama[jarak]no.k/p[jarak]
Memastikan tempat untuk anda bersama-sama memperolehi ilmu Perniagaan.
Dari segi ketulenan tuan/puan boleh uji sama ada dikedai atau di bank yang menerima seperti Ar-Rahnu (Barang kemas la) kalau gold bar tu kena ke kedai emas.
Bersebelahan dengan Maybank Alam Mesra, Di atas kedai jual kereta Chevrolet |
Subscribe to:
Posts (Atom)