Siapa Saya

Kota Kinabalu, Papar, Malaysia
Ingin Bersama anda untuk berjaya dalam Ilmu simpanan Emas Fizikal.

Friday, October 9, 2009

ISLAM ITU INDAH, ISLAM ITU MUDAH, MENGAPA KITA SERING BERBALAH-BALAH....????

Assalamu'alaikum....kepada semua....nak kongsi cerita yang saya perolehi semasa baca online KOSMO....http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp bertarikh 09.10.2009(Jumaat)

DUNIA




Penduduk Islam 1.57 bilion

WASHINGTON - Bilangan penduduk Islam dunia kini mencecah 1.57 bilion atau seorang daripada empat penduduk dunia menganut agama Islam, demikian menurut laporan Pew Forum on Religion and Public Life yang dikeluarkan semalam.



Projek yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan itu turut memberi data mengejutkan iaitu bilangan penganut agama Islam di Jerman lebih banyak berbanding di Lebanon dan China mempunyai ramai penganut Islam berbanding Syria.



Data lain yang mengejutkan ialah lebih ramai penduduk Islam di Rusia jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Islam di Jordan dan Libya.



Penduduk Islam di Habsyah hampir menyamai penduduk Islam di Afghanistan.



"Secara amnya, laporan ini menghapuskan pendapat menyatakan umat Islam itu ialah penduduk Arab dan Arab ialah Islam," kata penolong profesor Universiti Princeton, Amaney Jamal.



Pew yang merupakan cabang penyelidikan Universiti Princeton menyatakan, penganut Islam berada di belakang penganut Kristian yang dianggarkan 2.2 bilion pengikut.



Tugas sukar bagi menentukan penduduk umat Islam di 232 negara dan wilayah itu membabitkan penilaian sejumlah laporan banci penduduk, kajian demografi, tinjauan populasi dan bancian umum, kata laporan.



Laporan itu cuba untuk memecahkan penduduk Islam mengikut mazhab Sunah dan Syiah tetapi ia sukar dilaksanakan kerana hanya beberapa negara merekodkan pecahan tersebut, kata seorang penyelidik kanan, Brian Grim.



Laporan Pew mendapati sebanyak 13 peratus pengikut Islam berpegang kepada mazhab Syiah.



Sebanyak 80 peratus populasi Syiah tertumpu di Iran, Pakistan, India dan Iraq.



Hampir 60 peratus umat Islam berada di Asia, 20 peratus di Asia Barat dan Afrika Utara, 15 peratus tinggal di Afrika Sub-Sahara, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.



Sebanyak 317 juta umat Islam atau seperlima daripada populasi tinggal di negara-negara yang bukan negara majoriti Islam.



Hampir tiga perempat umat Islam tinggal sebagai minoriti di lima negara utama iaitu India (161 juta), Habsyah (28 juta), China (22 juta), Rusia (16 juta) dan Tanzania (13 juta). - AP

di atas adalah petikan daripada Kosmo online...untuk itu cuba la kita fikirkan kembali dan renung serta muhasabahkan la diri kita...mengapa begitu ramai yang berkesanggupan mempelajari ISLAM...sedangkan kita yang telah ISLAM daripada kecil masih lagi terumbang ambing dengan pemahaman yang salah...berapa ramai tersesat dengan ajaran yang memesong akidah..

Kita sering menunding jari pada saudara sendiri, tapi mengagung dan menundukkan kepala kepada musuh yang nyata...lihat la betapa negara palestin dibiar...apa saja tindak tanduk israel kita hanya mampu berforum,...bidas membidas kalangan kita...bincang....apa penyelesaian??????....jawapan xxxxxxxxxxx.....
tapi yang tetap mengalir darah penduduk PALESTIN.......mmmm bersatu la...biar apa pun mazhab dan kefahaman islam kita, yang penting adalah kita diikat dan bersaudara dengan 1 kalimah iaitu syahadah

"Tiada Tuhan Yang Disembah, Melainkan ALLAH S.W.T
Dan MUHAMMAD S.A.W Pesuruh ALLAH

bukan kah itu syarat islam...syarat kita bergelar muslim, muslimah...fikir la berkongsi la kita dengan kepedihan saudara kita di Seluruh dunia..

AL-Fatihah -....(Buat yang telah pergi) semoga roh mereka ditempatkan di  tempat yang mulia dan tinggi...Wa'ALLAHu'alam

Friday, October 2, 2009

MASALAH KOMPUTER DICURI?????DATA PENTING ?????JANGAN RISAU...........ADA PENYELESAIANNYA....

Assalamu'alaikum.......Selamat pagi semua.....

Bertemu lagi kita....intro kata, ramai diantara kita "sudah terantuk baru terjaga" , itu lah peribahasa bagi mereka yang pentingkan keselamatan data...tapi tidak berusaha melindunginya dan mencegah sebelum terkena...dan Bila dah hilang...baru la kusut fikiran..bila lapor ke balai polis kemudian tunggu seminggu tak juga ada jawapan atau penemuan, mula la salahkan Pihak polis tak buat kerja la....kerajaaan salah la...patut kita tunding jari kat diri sendiri....napa cuai, napa boleh hilang....tak perlu la tanya dah jadik pun....:D . So sekarang nak fikir bagaimana nak dapat balik,,,,mmmmmm....susah tu...


Ok Revolusi IT ni dah banyak berkembang terutama di luar negara...cuma kita ni yang tak tau atau buat-buat bodoh...ke takut habis duit nak belanja...benda tak hilang nak belanja apa kan???....nnti hilang baru la...So untuk itu saya ingin berkongsi la dengan korang pasal Software ni  ABSULOTE SOFTWARE Jangan risau aku pun macam korang juga cuma alhamdulillah...jumpa la member tu cerita la pasal nak bawa produk ni kat Sabah...so aku berminat ni la aku bagi serba sedikit copy cerita dari web http://www.absolute.com/ 





Wednesday, September 23, 2009


Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog semua. Maaf agak lambat sedikit sekarang dah masuk 4 Syawal 1430H 23/9/2009. Betapa sedihnya meninggalkan Ramadhan yang penuh ke Rahmatan dan ke Ampunan, pada saya Ramadhan la bulan yang ditunggu..kerana bulan itu saya mampu mengawal segala apa jua nafsu yang menjulang naik...Alhamdulillah juga kegembiraan saya menyambut kedatangan Syawal yang penuh dengan kemenangan...di saat ini la saya bertemu sanak saudara, jauh dekat, malah yang tak dikenali...bermaaf-maafan untuk menghapuskan dosa sesama insan.

Ha...nak kongsi la sikit kisah ni memang sering saya fikirkan..Saat pagi Syawal menjelang perasaan masing-masing penuh dengan keinsafan, hening, hiba bercampur baur..selepas solat sunat Aidilfitri kita sekeluarga duduk di ruang tamu yang telah kemas dan dihias cantik...sambil abah dan mama duduk disofa empuk, kami adik beradik datang mengikut barisan, bergilir-gilir memohon kemaafan pada kedua orang tua, suassana hiba..titisan airmata keinsafan berlegar-legar diruangan itu...aku gembira akan hal itu ucapan ku Segala Puji kepada Allah Tuhan Sekelian Alam.

Namum kesedihan ku berterusan tatkala saat itu hanya la sekadar diSyawal pertama. Betapa sedih hati ini saat keinsafan itu hanya sekejap sahaja. betapa sedih bila ada yang sanggup mengata, mengadu domba pada saat syawal masih lagi berembun..."wah anak saudara kita tu pelihara kucing parsi, sekarang dah balik pokok duit dia jual anak kucing"...aku membalas, " ya kan aku pun mau juga pelihara" namum dipotong " ah kucing yang ada pun ko nda jaga" aku balaas lagi "Jaga cuma kucing tu dah biasa hidup berdikari"...berkata lagi kak ku "ya mana ko mau simpan nnti bau kucing gi...dipendekkan cerita...bila ayat aku "ala kan ada bilik di atas tu yang boleh diguna tempat dapur lama bekas bilik aku juga dulu"...dibalas "ha pandai la ko, tu" aku balas lagi kan ka itu bilik aku..."Ya ini rumah aku..." tersentak aku mendengar seorang kak berkata begitu...masih di awl syawal. mana perginya keinsafan dan maaf-maafan sebelum ni...atau itu hanya drama swasta..mmmmm...aku memang kalu boleh nak cabut ja dari rumah ni....Nak cari rumah sendiri...tapi duit ni sering nda cukup...aku bersabar doa ku dan harapan ku agar cepat lapang dari fikiran ini...memang dia la yang telah bayar dan ubahsuai rumah ni dulu...tak pa akan aku usahakan juga hingga aku dan keluarga ku dapat rumah...InsyaALLAH..

Buat teman yang terbaca , dan mereka-mereka yang membaca blog ini, harapan ku hanyalah 1 ingat la bahawa tak kemana harta didunia, andai terlupa harta akhirat...bukan kah nanti sanak saudara, adik beradik itu yang akan membaca kan talkin..mengurus jenazah kita...membersihkan dan melawat kubur kita?????....andai semua kata-kata itu gurauan alhamdulillah tapi andai kata sindiran sinis untuk kita fikirkan la sendiri...AstaghfiruLLAH...

Sekian dulu cerita di Permulaan Syawal....

"Kenalilah keluargamu sedalam-dalamnya, hingga benar-benar seperti kembar, akan bahagia engkau dunia akhirat,saling berpimpin di titian Sirat"...kata-kata ku sendiri ja...menyedap rasa..









Wednesday, September 2, 2009

SAJA nak BERCERITA




Dah masuk 12 Ramadhan 1430h bersamaan dengan 2 September 2009. Masih lagi lagi tak berubah, pagi 530 dah bergerak ke tempat kerja...aku ingin suatu pembaharuan dalam hidup..tahun ini agak merudum prestasi ku...macam-macam yang aku buat,,,namun hasilnya tiada apa. mmmmm.....ya ramai fikirkan aku ini banyak business...maknanya duuit manyak masyuk...tapi sebenarnya aku kesempitan. Aku tak mau memperlihatkan kesedihan itu,,aku tetap tersenyum. 31 Ogos baru ni aku belikan isteriku Oven dan mixer...isteriku sempat bertanya "cukup ka duit bang?" aku jawab saja "takda masalah". Walaupun sebenarnya duit tu untuk aku topup minyak harian..takpa aku sabar. Alhamdulillah aku ada kawan yang paham tolong juga bayar duit minyak lepas sikit azab belanja minyak..nak harap darah daging sendiri nak paham toksah nak harap...




Hari demi hari....aku sering berfikir apa masalah aku?????....memang aku banyak cakap walaupun takda point langsung (sembarang ja) tapi itu ja la cara untuk aku meningkatkan keyakinan diri...aku ingat waktu sekolah dulu pendiam juga...tapi kadang tu nakal sikit la...eheheh. Namun aku tak sangka yang aku akan capai kebahagian berkeluarga ...ye la dulu aku ni tak suka perempuan...benci sangat la bagi aku perempuan tu sama ja dengan lelaki,,,,mungkin lebih teruk...walaupun aku tak alami tapi cukup sekadar aku pahami kengkawan aku ....pernah juga la sebab perempuan ni aku bertumbuk dengan member ...bukan la pasal berebut..hanya gara-gara aku tak bagi tempat dia orang dating...ye la dating kat surau sapa boleh bagikan....alih-alih balik bilik dia hentam aku pakai kayu katil....aku pun ada tahap sabar...ahahh tu kisah lama...asam garam hidup asrama...lama2 pemikiran aku berubah dah pandai tackle....tu pun aku cuba sorang yang sekarang ni dah jadik bini aku....walaupun ciri yang aku mau tu tak lengkap tapi alhamdulillah tak macam orang lain...asyik dia je yang mau dipaham...belum kawin pun dah nak bossi...takpe bulan ramadhan ni tak payah mengumpat lagi pun aku bukan cerita sapa-sapa.....




Bulan ramadhan ni memang banyak menguji kesabaran aku....kalu setakat lapar dan dahaga tu tak masalah....ni nafsu amarh n nafsu yang sekata dengannya ni payah nak di adjust...tapi aku masih boleh lagi..kadang tu aku ketawa sendiri juga ada orang perasan sgt bila dia nampak seksi tu orang suka nak tengok...sebenarnya orang tak ada rasa apa-apa pun...sendiri ja perasan...




Oh ya satu pemahaman agama pada semua teman-teman....pernah tak korang dengar cakap orang tentang "kubur lain-lain", "dosa aku tanggung", "antara aku dengan Tuhan", "biar la badan orang"....ni aku nak kongsi la sikit, ala aku pun dengar dari ceramah juga...sebenarnya perkara macam ni berkaitan dengan fardu kifayah dan fardu ain...bayangkan la kalu nak ditanya balik kat orang tu "boleh ka ko kubur diri sendiri, mandi mayat ko sendiri, talkin kan diri sendiri???????.....ni mayat tak pandai nak bergolek masuk kubur sendiri.....maka itu kita ni kalu dah jahat pun jgn la sampai agama tu kita tak paham main paham ikut akal nafsu kita....lagi satu perkara mempermainkan agama...ada yang buat fatwa main-main...ni nak bagi tau bahawa ooohhhh...cuma neraka dan syurga tu hanya ALLAH S.W.T je yang tentukan...mnana tau org yg jahat mati bertaubat dapat syurga.....kesimpulannya jangan la kita ni kalu dah pandai sangat memperlekehkan orang lain...ada masa tu dengar la dulu pendapat orang jgn la asyik nak betul je...ingat-ingat la kita ni akan jadi teladan pada anak-anak kita...ok la saja nak hidup kan balik blog ni....thanks...(Tiada kena mengena dengan pembaca dan yang hidup atau mati) ....YANG BURUK DARI SAYA....YANG INDAH DAN BENAR ITU DARIPADA ALLAH S.W.T....wáAllahualam

Tuesday, February 17, 2009

FIKIR SIHAT BERSAMA HI-BLOOM & ECPI PRODUK



(MOHON MAAF KEPADA SEMUA YANG MEMASUKI BLOG INI DAN BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN PRODUK HI-BLOOM. BUAT MASA INI SAYA JUGA MASIH TERCARI-CARI STOK PRODUK INI DARIPADA HUJUNG TAHUN 2009  LAGI KEPERLUAN STOK INI TIDAK SAYA PEROLEHI...MALAH MEREKA-MEREKA YANG MEMPROMOSIKAN PRODUK INI JUGA SUKAR DIHUBUNGI..)


Buat masa ini hanya maklumat ini sahaja yang saya perolehi pada tahun tersebut;
1. EN. BERHANUDDIN MANSOR - PENGARAH PEMASARAN 012-3199687
2. EN. ZAIHAN MAHAMUD - PENG. PEMBANGUNAN PERNIAGAAN019-3564163
3. EN. MUKHLIS AFIFI - PENGURUS PENTADBIRAN - 03-87344515
4. EN. AFFENDI LABUG - PENGURUS WILAYAH MALAYSIA TIMUR -013-8855877
5. CIK SITI SARAH BT ISMAIL - EKSEKUTIF PEMASARAN - 013-9806176
6. PN SALMIAH BT DZULKARNAIN - PEMBANTU PENTADBIRAN -03-87344515

Bagi sesiapa yang mengetahui maklumat mengenai produk ini mohon memaklumkan kepada saya untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan.


Mungkin di Semanjung Malaysia, tahu berkenaan produk ini kerana semua mereka adalah daripada wilayah tersebut. apa yang saya ketahui bahawa produk ini mungkin berada di farmasi-farmasi tempatan di sana.


Sekali lagi saya mohon maaf kerana tidak dapat membantu dan harapan yang tuan/puan letakkan apabila menemui laman saya ini mengecewakan...harap maaf..
Salam kembali kepada semua rakan-rakan yang berminat dalam dunia perubatan disamping dunia perniagaan. Saya baru menemui sebuah syarikat yang menawarkan produk yang saya lihat menjamin dan menberi keyakinan, yelah malah ada kelulusan dengan KKM -Kementerian Kesihatan Malaysia. Fungsi dan kebaikan pun jelas memberikan peluang untuk kita menjana kesihatan yang berterusan. Saya temui produk ini sewaktu mencari lampin pakai buang untuk anak saya di putatan, Bila nampak Ja satu kedai tu 'FIKIR SIHAT' saya pun tertanya2 la...bila baca flyers dia eh rasa yakin tu datang pula. So saya nak cuba ja, setakat ni saya dah cuba Air ECPI tu, Ok juga. Cuma bagi sapa2 yang berminat nak jadi Ahli ke Atau nak membeli boleh la email : rebolusi.it@gmail.com atau sms saya 0198097001 Fax pun ok : 088-915911. Ok la saya rasa sampai ni dulu la ye..apa pun Fikir Sihat berfikir la secara positive...

Antara produk kesihatan yang ada :-

Kesihatan

Mengapa kesihatan dan mengapa produk kesihatan? Hi-Bloom memberi keutamaan kepada produk kesihatan untuk dipasarkan kerana keutamaan kesihatan itu sendiri. Setiap orang menyedari bahawa kesihatan adalah elemen penting dalam kehidupan. Segala yang lain termsuk wang ringgit dan kekayaan harta benda menjadi tidak bermakna apabila kesihatan sudah hilang. Melalui perniagaan Hi-Bloom, kita bukan sekadar memasar produk yang boleh membantu pengguna menjadi sihat tetapi juga membawa mesej pendidikan tentang penjagaan kesihatan. Syarikat memilih kesihatan kerana ia ada kaitan dengan latarbelakang pemiliknya yang juga seorang doktor. Oleh itu ia bukan sekadar kebetulan, tetapi suatu perancangan.

Dengan fokus kepada kesihatan, semua pengedar akan menyertai bidang ini secara sedar, bukan sahaja untuk meraih rezeki daripadanya, tetapi juga akan turut sama menghayati makna kesihatan itu sendiri. Melalui program latihan yang disediakan, kita mengharapkan semua yang terlibat dlam Hi-Bloom akan mempunyai kesedaran tinggi terhadap soal kesihatan baik kesihatan diri, keluarga mahupun kesihatan pelanggan mereka.

Produk kesihatan kita telahpun memasuki pasaran dan diterima pengguna. Pengguna telah menunjukkan kesetiaan mereka kepada produk, dan ini membuktikan produk tersebut berkesan membantu mereka mengekalkan kesihatan mereka. Produk kita telah banyak berjasa membantu pengguna pulih daripda pelbagai gejala penyakit. Antaranya kanser, leukimia, lumpuh, strok, tekanan darah tinggi, diabetes, hepatitis, arthritis, gastric, migraine dan lain-lain.



NATURAL LINGZHI


JUVITA

MALECARE

FERMCARE


TROPICOCOS


NATURA





Natural Lingzhi

Fungsi dan Khasiat
  1. Mengandungi kadar Germanium organik yang tinggi yang dapat membantu:
  2. Merendahkan kadar kolesterol (lemak), memecahkan lemak, merendahkan lipid darah.
  3. Merendahkan kadar gula, membaikpulih fungsi pancreas.
  4. Membaiki fungsi “Cortex Adrenal Gland” untuk mengimbang tekanan darah.
  5. Menambahkan daya penyembuhan asli badan, menaikkan daya ketahanan imuniti.
  6. Menahan reaksi alahan.
  7. Menguatkan dan memanjangkan tenaga hayat sel, menahan sel daripada cepat mati dan menggalakkan fungsi organ dan metabolisme.
  8. Menahan dan mengubati kanser, mencegah sel kanser daripada metasis (merebak), mengurangkan sakit.
  9. Memecah dan menurukan pembekuan darah (blood viscocity, merendahkan agulasi platelet, lisis thrombi dan mencegah thrombogenisis.
  10. Menambahkan peredaran oksigen di dalam darah menjadikannya lebih segar dan bertenaga.
  11. Membantu pembuangan toksik dan keracunan karbon monoksida dalam badan.
  12. Menambah pengaliran darah ke semua urat saraf.
Ekstrak Natural Lingzhi jika diambil bersama Femcare (wanita) atau Malecare (lelaki) berkesan untuk gejala:
  • Stroke / Angin ahmar / Lumpuh
  • Migrain
  • Barah / Kanser / Ketumbuhan
  • Kanser Payudara / Hepatoma/ Kanser Otak/ Kanser Rahin / Cervic/
  • Fibroid/ Ovarian Cyst/ dan lain-lain.
  • Darah tinggi
  • Kencing manis / Diabetic Ulcer
  • Sesak nafas(breathless) / asma (lelah)
  • Kolesterol Tinggi / Lemah jantung
  • Hepatitis / Batu Hempedu
  • Resdung / Sinusitis / Rhinitis /
  • Leukimia / Lymphoma
  • Sakit Buah Pinggang / Nephrotic Syndrome
  • Batu Karang / Gout / Incontinence / Gastrisitis / Gastric Ulcer / SLE / Artritis
  • Psoriasis
  • Buasir (Piles) / Vericose Vein
KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN
MAL 04125566 TC

HARGA : RM 60.00, RM 64.00 (EM)

_____________________________________________________________________


FERM CARE

Fungsi dan Khasiatnya
  • Membaiki sistem ketahanan (imuniti) dan metabolism, menguatkan dan memanjangkan tenaga hayat sel.
  • Menambahkan dan menguatkan fungsi limpa (spleen) dan hati (liver).
  • Menggiatkan paru-paru, membaiki pernafasan dan menggiatkan buah pinggang, memudahkan membuang air kecil.
  • Menambahkan kekuatan sel darah, merangsangkan perjalanan darah dan membetulkan perjalanan haid.
  • Menahan kelembapan kulit, menggalakkan perpeluhan membantu mengeluarkan bahan buangan daripada permukaan kulit dan menguatkan permukaan kulit.
  • Membaiki perjalanan saraf dan mengurangkan sakit, menenangkan fikiran dan membaiki penglihatan.
FemCare adalah makanan tambahan yang dirumus khas untuk wanita yang mengalami masalah:
  • Irregular peiod/ Heavy period/ Polymenoreagia
  • Endometriosis/ Senggugut/ Pibroid/ Polyps
  • Ovarian Cyst
  • Fellopian Tiub Tersumbat
  • Infertility/Kemandulan
  • UV Prolapse
  • Keputihan
  • Kurang Nafsu Seks/Malaise/Lethargic
  • Sakit Sendi Tumit /Lutut / Bahu
  • Frozen Shoulder
  • Menopause Syndrome
  • Vericose Vein
  • Incontinence
  • Cervical Cancer
  • Barah Buah Dada
  • Fibroadenosis
  • Allergic Dermatitis Pigmentation
KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN
MAL 05023364 TC

HARGA : RM 35.00 RM 38.00 (EM)
_______________________________________________________________________


JUVITA

Phytoestrogen dalam JUVITA akan merangsangkan pengeluaran estrogen dalam tubuh. Peningkatan estrogen secara semulajadi dan seimbang dalam tubuh wanita, akan merangsang pertumbuhan sel dan organ kewanitaan secara umum, pada fizikal, physiologikal dan juga psikologikal. Pertumbuhan fizikal akan dapat dilihat pada kehalusan struktur kulit, pertumbuhan organ-organ tertentu seperti pada payudara, pinggul, survik, vagina dan struktur tubuh wanita umumnya. Pertumbuhan dan pembesaran saiz payudara, pemulihan pada otot-otot survik dan vagina. Menjadikan seseorang wanita itu mampu menampilkan ciri-ciri kewanitaan ideal biarpun umur semakin meningkat. Wanita yang sudah beranak dan meningkat umur, akan merasai perbezaan positif apabila masalah penurunan pada organ-organ reproduktifnya dapat ditingkatkan. Di samping itu, JUVITA dapat meningkatkan emosi seksual kepada wanita berumur, menjadikan aspek psikologikal wanita meningkat kualitinya. Kesannya ialah hubungan suami isteri yang semakin baik.

Bahan utama JUVITA ialah Mirifica yang banyak digunakan dalam formulasi produk untuk kecantikan payudara dan juga pemuliharaan vagina. Mirifica didapati mampu mengeluarkan servical fluid/lubricane yang memberi kesan kepada stimulasi seksual. Di samping itu, ia dimanfaatkan dalam produk kosmetik di negara-negara maju.

JUVITA juga didapati berkesan untuk mengaturkan haid secara natural. Kitaran haid yang teratur akan menjadikan seseorang wanita tidak menghadapi masalah haid (PMS). Gejala senggugut, endometriosis, cyst dan gejala berkaitan PMS dapat diatasi melalui keseimbangan hormon. Dan ini mampu dilakukan oleh JUVITA. Keseimbangan hormon juga mampu membantu wanita menopause menghadapi gejala menopause yang biasa dialami seperti panas badan, sukar tidur, keresahan dan lain-lain. Ia boleh dimanfaatkan sebagai alternatif kepada terapi perawatan hormon.

Harga: RM 60.00 / RM 73.00 (EM)

_______________________________________________________________________


MALECARE

Ramuan Dan Khasiat
  1. Menggiatkan sistem ketahanan (imuniti) dan metabolisme. Menguatkan dan memanjangkan tenaga hayat sel.
  2. Menggiatkan paru-paru, membaiki pernafasan dan melegakan sesak nafas, batuk dan lelah.
  3. Menggiatkan buah pinggang, melawaskan pembuangan air kencing.
  4. Menguatkan otot dan tulang, membuang angin dan kelembapan (sembab).
  5. Menguatkan jantung, melancarkan perjalanan darah.
  6. Membantu penyerapan zat makanan dan melembabkan usus kecil (untuk penyerapan) dan merehatkan usus besar (colon).
  7. Menenangkan fikiran dan membaiki penglihatan.
Malecare adalah makanan tambahan yang dirumus khas untuk lelaki yang mengalami masalah:
  • Gout
  • Batu Karang
  • Arthritis /Sakit Sendi dan Urat / Backache
  • Lemah Tenaga Batin
  • Kemandulan / premature ejaculation
  • Kencing Tidak Lawas (Incontinence)
  • Prostate Enlarge
  • Prostate Cancer
  • Bronchitis
KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN
MAL 04103347 TC

HARGA : RM 35.00, RM 38.00 (EM)
_________________________________________________________________________


TROPICOCOS - Minyak Kelapa Dara Tropicocos (VCO) 120 ml

Hasil kajian mendapati Virgin Coconut Oil (VCO) mengandungi asid lemak rantai sederhana (Medium Chain Fatty Acid) yang sangat baik untuk kesihatan. Antara kebaikannya ialah:

  • Membunuh virus yang menyebabkan moniecleosus, influenza, hepatitis C, cacar, campak, kayap (herpes), AIDS dan penyakit lain.
  • Membunuh bakteria penyebab pneumonia, earache, radang tenggorok, penyakit gigi, keracunan makanan, infeksi kencing, meningitis, gonorrhea.
  • Membunuh kulat dan yis yang menyebabkan candida, jock itch, cacing gelang, athlete’s foot, thrush, radang diaper dan lain-lain.
  • Membantu meringankan gejala dan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetes.
  • Meringankan gejala berkaitan penyakit Crohn, barah colotis dan barah usus.
  • Meringankan kesakitan dan iritasi akibat buasir.
  • Membantu melindungi tubuh daripada barah payu dara, barah usus dan barah-barah lain.
  • Mencegah penyakit jantung, atherosklerosis dan strok.
  • Membantu mencegah tekanan darah tinggi.
  • Membantu melindungi buah pinggang dan infeksi pundi kencing.
Terdapat banyak lagi fungsi VCO yang bermanfaat kepada tubuh manusia. Selain daripada menjadi sumber nutrisi untuk tenaga segera, ia juga membantu dan menyokong fungsi sistem imuniti tubuh badan.

HARGA RM 25.00 / RM29.00 (EM)

_______________________________________________________________________

Marketing - Starter Pack


Package A

PRODUK
UNIT
BV
HARGA FS (RM)
NATURAL LINGZHI
1
24
55.00 / 59.00 (EM)*
FEMCARE
1
14
31.00 / 35.00 (EM)*
MALECARE
1
14
31.00 / 35.00 (EM)*
JUVITA
1
28
62.00 / 67.00 (EM)*
TROPICOCOS
2
20
46.00 / 54.00 (EM)*
PENDAFTARAN
18.00 (PERCUMA)
JUMLAH
225.00 / 250.00 (EM)*


Package B

PRODUK
UNIT
BV
HARGA FS (RM)
CRYSTAL SALT LAMP
1
48
123.00
JUVITA
1
28
62.00 / 67.00 (EM)*
MALECARE
1
14
31.00 / 35.00 (EM)*
TROPICOCOS
1
10
25.00 / 29.00 (EM)*
PENDAFTARAN
18.00 (PERCUMA)
JUMLAH
239.00


% Bonus Pek Permulaan

LEVEL
JUMLAH BV
BONUS (RM)
1
50%
50.00
2
10%
10.00
3
8%
8.00
4
7%
7.00
5
6%
6.00
6
5%
5.00
7
4%
4.00
8
3%
3.00
9
2%
2.00
JUMLAH DI BAYAR
95%
95.00


Contoh Pendapatan Gandaan Lima

LEVEL
PESERTA
JUMLAH BV
%
(RM)
TERKUMPUL (RM)
1
5
500
50
250
250
2
25
2500
10
250
500
3
125
12 500
8
1000
1500
4
625
62 500
7
4375
5875
5
3125
312 500
6
18 750
24 625
6
15 625
1 562 500
5
78 125
102 750
7
78 125
7 812 500
4
312 500
415 250
8
390 625
39 062 500
3
1 171 875
1 587 125
9
1 953 125
195 312 500
2
3 906 250
5 493 375

untuk keterangan dan maklumat lanjut sila layari laman hi-bloom di http://www.hi-bloom.com/index.html . yang penting kesemua produk yang di hasilkan mendapat kelulusan daripada KKM-Kementerian Kesihatan Malaysia - http://202.144.202.76/bpfk/product_search.cfm. Semoga produk-produk kesihatan ini dapat membantu anda menangani masalah kesihatan yang anda hadapi. juga memberi kesihatan yang berterusan. apa yang penting usaha dan amal itu lebih baik berterusan.

"Jasad dan Roh Bukan kepunyaan kita,
Hanya Amanat dari Yang MAHA ESA
Kembalinya kita dengan kesempurnaan
bukan dengan kesengsaraan"

(Hantam ja puitis tu yang panting bunyi....hehehe)