Siapa Saya

Kota Kinabalu, Papar, Malaysia
Ingin Bersama anda untuk berjaya dalam Ilmu simpanan Emas Fizikal.

Friday, October 9, 2009

ISLAM ITU INDAH, ISLAM ITU MUDAH, MENGAPA KITA SERING BERBALAH-BALAH....????

Assalamu'alaikum....kepada semua....nak kongsi cerita yang saya perolehi semasa baca online KOSMO....http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp bertarikh 09.10.2009(Jumaat)

DUNIA




Penduduk Islam 1.57 bilion

WASHINGTON - Bilangan penduduk Islam dunia kini mencecah 1.57 bilion atau seorang daripada empat penduduk dunia menganut agama Islam, demikian menurut laporan Pew Forum on Religion and Public Life yang dikeluarkan semalam.



Projek yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan itu turut memberi data mengejutkan iaitu bilangan penganut agama Islam di Jerman lebih banyak berbanding di Lebanon dan China mempunyai ramai penganut Islam berbanding Syria.



Data lain yang mengejutkan ialah lebih ramai penduduk Islam di Rusia jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Islam di Jordan dan Libya.



Penduduk Islam di Habsyah hampir menyamai penduduk Islam di Afghanistan.



"Secara amnya, laporan ini menghapuskan pendapat menyatakan umat Islam itu ialah penduduk Arab dan Arab ialah Islam," kata penolong profesor Universiti Princeton, Amaney Jamal.



Pew yang merupakan cabang penyelidikan Universiti Princeton menyatakan, penganut Islam berada di belakang penganut Kristian yang dianggarkan 2.2 bilion pengikut.



Tugas sukar bagi menentukan penduduk umat Islam di 232 negara dan wilayah itu membabitkan penilaian sejumlah laporan banci penduduk, kajian demografi, tinjauan populasi dan bancian umum, kata laporan.



Laporan itu cuba untuk memecahkan penduduk Islam mengikut mazhab Sunah dan Syiah tetapi ia sukar dilaksanakan kerana hanya beberapa negara merekodkan pecahan tersebut, kata seorang penyelidik kanan, Brian Grim.



Laporan Pew mendapati sebanyak 13 peratus pengikut Islam berpegang kepada mazhab Syiah.



Sebanyak 80 peratus populasi Syiah tertumpu di Iran, Pakistan, India dan Iraq.



Hampir 60 peratus umat Islam berada di Asia, 20 peratus di Asia Barat dan Afrika Utara, 15 peratus tinggal di Afrika Sub-Sahara, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.



Sebanyak 317 juta umat Islam atau seperlima daripada populasi tinggal di negara-negara yang bukan negara majoriti Islam.



Hampir tiga perempat umat Islam tinggal sebagai minoriti di lima negara utama iaitu India (161 juta), Habsyah (28 juta), China (22 juta), Rusia (16 juta) dan Tanzania (13 juta). - AP

di atas adalah petikan daripada Kosmo online...untuk itu cuba la kita fikirkan kembali dan renung serta muhasabahkan la diri kita...mengapa begitu ramai yang berkesanggupan mempelajari ISLAM...sedangkan kita yang telah ISLAM daripada kecil masih lagi terumbang ambing dengan pemahaman yang salah...berapa ramai tersesat dengan ajaran yang memesong akidah..

Kita sering menunding jari pada saudara sendiri, tapi mengagung dan menundukkan kepala kepada musuh yang nyata...lihat la betapa negara palestin dibiar...apa saja tindak tanduk israel kita hanya mampu berforum,...bidas membidas kalangan kita...bincang....apa penyelesaian??????....jawapan xxxxxxxxxxx.....
tapi yang tetap mengalir darah penduduk PALESTIN.......mmmm bersatu la...biar apa pun mazhab dan kefahaman islam kita, yang penting adalah kita diikat dan bersaudara dengan 1 kalimah iaitu syahadah

"Tiada Tuhan Yang Disembah, Melainkan ALLAH S.W.T
Dan MUHAMMAD S.A.W Pesuruh ALLAH

bukan kah itu syarat islam...syarat kita bergelar muslim, muslimah...fikir la berkongsi la kita dengan kepedihan saudara kita di Seluruh dunia..

AL-Fatihah -....(Buat yang telah pergi) semoga roh mereka ditempatkan di  tempat yang mulia dan tinggi...Wa'ALLAHu'alam

No comments: