Siapa Saya

Kota Kinabalu, Papar, Malaysia
Ingin Bersama anda untuk berjaya dalam Ilmu simpanan Emas Fizikal.

Saturday, July 3, 2010

Assalamu'alaikum.....semua..

03 Julai 2010 - DIARY SUAMI

- Aku gagal menjadi suami...teramat gagal.. sepatutnya aku mendidikan istri ku dengan baik..entahlah mungkin atau patutnya aku muhasabah diriku..aaragggghhhhh...mmmm...keluhan demi keluhan yang bermain dalam fikiranku.

- Perempuan yang ku hormat selama ini, ku beri kasih sayang, seperti memijak-mijak muka ku..aku masih bersabar saat ini. walau sepanjang perkahwinan ku hanya 5 kali dibekalkan makanan. Seorang Isteri kah...bila bangun selepas suami bangun dan berkerja?????.......Isteri kah bila suami pulang tanpa hidangan minuman, tanpa segelas air penghilang dahaga.,..dihidang dengan kerja-kerja rumah...belum kebah kaki dan badan dengan penat...menguruskan anak dan mengemas rumah jadi juadah. Dalam hatiku meneriak Letih....letih...letih....namun kalimat AsstaghfiruLLAH menjadi benteng penguat semangat. Masih aku bersabar...kerna itu tanggungjawab. Tapi sampai bila????jawapan itu jadi layang-layang terbang menerewang langit fikiran ku...Namun masih ku lihat dia Isteri ku ...masih menghidang makannan dimeja makan.
-Aku penat...pada badan ku....aku penat pada fikiran ku...hutang ku tak susut , hutang ku tak berkurang, pendapatan ku hanya gaji tiap bulan. Mampukah aku berjawatan...tiap kerja aku letih...mindaku tak cerdas... alasan ku berdas-das.
- Dan kini aku berdiam diri. menutup dan mengunci apa jua yang terbuku dihati.. biar senyuman terukir indah takkan kubiar jiwa dan hatiku diredah. Doaku pada MU Ya ALLAH..limpahkan aku kekuatan, limpahkan aku petunjuk, ampunkan semua dosa-dosa diriku dan keluarga ku..amiiiin.

No comments: